Kesatuan Sekerja adalah sebuah organisasi bebas atau gabungan pekerja-pekerja yang berperanan sebagai suara yang mengawal hubungan antara pekerja dan majikan bagi membaiki hubungan industri, memajukan status ekonomi dan sosial kedua-dua pihak disamping itu mencari penyelesaian untuk mempertingkatkan produktiviti untuk kepentingan pihak-pihak yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, Pesaka Timber Berhad tiada halangan untuk membenarkan semua warga kerja Pesaka dan kontraktor membentuk atau menyertai mana-mana Kesatuan Sekerja sekiranya dirasakan perlu.
Polisi ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh dasar ini ditandatangani.